Nana Ashaa ;)

+facebook

+twitter

+the boss

+stuffs

+home

+exchange links



Disclaimer



Hayy! I'm Intan Rabiatul Natasha a blogger from Klang, Selangor. I'm sorry if i took so much time to keep updating my blog. Currently studying at Unimas :D ;)

P/S:I am now a degree student.






Hello-hello





Lots of Thanks


I gain this template from This awesome girl. The header was made by me using the Photoshop CS4. I got the awesome font from Dafont and the awesome photo from WHI ;)




Ketahui Apakah Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Diri Anda


Assalamualaikum and Hello!









Dalam kehidupan seharian, pasti anda tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda merupakan satu petanda bahawa si dia sebenarnya mencintai diri anda dan ramai yang tidak menyedarinya lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berkawan sejak dari kecil lagi.
Mungkin si dia tidak ingin anda tahu secara terus daripada mulut si dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan dan mungkin anda tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukannya sebenarnya menunjukkan bawaha si dia ingin meluahkan rasa cinta pada diri anda. Berikut merupakan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai diri anda.
  • Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada anda sahaja.
  • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting anda bahagia dan anda tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan anda.
  • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun anda tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika anda menyambut hari jadi dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang anda adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai anda.
  • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran anda, bahkan mungkin meminjam CD milik anda, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda – kesukaan anda kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan anda, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu anda mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda, kerana dia bimbangkan tentang anda, peduli tentang anda.
  • Jika anda mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada anda.



    I wish I can see someone who truly loves me.

Label:



xxNana Ashaxx



Older Post | Newer Post